Sebelum apa-apa aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI pada semua follower blog ni. Kalau ada post aku yang menyinggung perasaan korang semua, aku mintak maaf banyak-banyak. Aku tak kenal engkorang tapi tak bererti kata-kata aku tak menyakiti hati engkorang semua. Jadi harapnya tak usahlah disimpan di dalam hati. Harap kita semua boleh menyambut hari yang mulia ini dengan berlapang dada. Janganlah pulak ada yang lebih rela nak sambut raya dengan anjing daripada dengan manusia. Tuhan jadikan manusia ni semulia-mulia mahluk di muka bumi tapi sebab rasa kecewa dengan hidup dan tak percaya manusia lain, sanggup nak rendahkan diri dengan haiwan yang najis.
Anyway, berbalik pada isu utama. Aku ada ter’stumble’ (bahasa pasar yang laknat. Mengamuk DBP kalau tau ni) satu website yang mengutarakan persoalan ‘If Malaysia and Indonesia going to war, who’s gonna win.’ Respond cuma ada dua tiga je. Mungkin sebab soalannya yang tak begitu popular. Namun kesemua respond bagaikan selari. Kebanyakannya berpendapat kalau sekiranya Malaysia tidak mendapat bantuan atau sokongan pihak asing, Indonesia akan menang. Bantuan dan sokongan pihak luar ni adalah New Zealand, Australia, Singapura dan UK yang terlibat dalam perjanjian keselamatan lima negara. Indonesia telah mengalami peristiwa ini sewaktu perang ‘Ganyang Malaysia’ pada tahun 60an. Jadi aku mula surf internet nak cari kalau ada forum yang bincang benda yang sama. Tipikallah bila forum tu kalau Indonesia yang punya maka ia lebih berat pada negara seberang dan begitu juga sebaliknya kalau ia host dari Malaysia. Namun sebenarnya aku terpaksa akui akan kebenaran pendapat tersebut. Tanpa sokongan dan bantuan negara asing, Malaysia mungkin boleh tumbang. Kenapa? Mudah. Situasi Malaysia-Indonesia adalah sama dengan situasi Singapura-Malaysia.
![]()
Tentera Nasional Indonesia
Kalau hendak dilihat dari sudut kelengkapan tentera, Malaysia lebih advance dari Indonesia yang bagaikan mengalami ‘pembekuan’ pembangunan pertahanan Negara akibat sekatan persenjataan oleh UN kerana tindakan Indonesia melanggar hak asasi manusia dalam insiden Timor Leste. Hanya sejak kebelakangan ini Indonesia mampu untuk berusaha memodenkan kemampuan pertahanan mereka setelah sekatan ditarik balik. Namun seperti juga situasi Singapura-Malaysia, walau semaju mana pun aset pertahanan sesebuah negara, tulang belakang bala tenteranya masih lagi infantry. Itulah fakta utama yang aku gunakan untuk menyatakan kalau Singapura menyerang Malaysia, mereka hanya boleh menang sekejap. Tapi apabila mereka terpaksa menghantar infantry mereka memasuki Malaysia, hell will be waiting for them kerana kekuatan infantry kita adalah jauh lebih superior dari segi ketahanan mental dan fizikal, berkemahiran tinggi dan berpengalaman sedangkan infantry Singapura lebih kepada paksa dalam rela. Untuk pengetahuan, komando Singapura tidak seperti Malaysia yang menyertai latihan secara sukarela, ahli komando Singapura lebih kurang macam cabut undi. Kalau nama kau naik maka kau kena masuk latihan komando biar pun kau taknak. Ia adalah mandatory. Jadi situasi yang sama berlaku pada Malaysia-Indonesia. Dari segi aset dan sistem pertahanan, Malaysia adalah lebih advance dari Indonesia namun dari segi kekuatan infantry, Malaysia tidak sekuat Indonesia. Kenyataan ini boleh dilihat dari jumlah kekuatan infantry kedua-dua buah negara.
![]()
Angkatan Tentera Malaysia
Jumlah tentera infantry Malaysia hanyalah 80 ribu orang dan tak silap aku ATM berhasrat untuk mengecilkan lagi jumlah itu kepada 60 ribu (ini tidak termasuk wataniah dan paramilitary). Sedangkan tentera Indonesia adalah seramai 250,000 orang! Dan hendak masuk tentera di Indonesia amatlah susah dan permohonan memasuki tentera setiap tahun sangat tinggi. Ini mungkin didorong faktor ekonomi negara. Kalau di Malaysia menjadi tentera seakan pilihan terakhir. Yalah, gaji anggota tentera lebih rendah dari supervisor kilang. Baik kerja kilang daripada join tentera. Nyawa tak terancam. Selalu jumpa keluarga. Beraya kat rumah bukan dalam hutan. Malah kebanyakan anggota tentera Malaysia join ATM sebab mereka memang suka nak jadi tentera, bukan faktor wang. Kalau nak harapkan penghargaan, lupakan saja. Berapa ramai di antara kita dalam suasana raya yang meriah ni terfikirkan anggota tentera yang dok patrol di sempadan? Begitu tingginya pengorbanan anggota tentera yang bergadai nyawa bagi menjamin kita dapat hidup dalam keadaan aman tanpa perlu rasa bimbang dan takut. And we take thing for granted!
Sebenarnya seperti juga kemungkinan perang Singapura-Malaysia, perang Indonesia-Malaysia juga amat rendah kemungkinannya. Hampir kepada mustahil! Kenapa? Sebab semua negara membangun dalam Asia Tenggara sebenarnya menyedari betapa mereka kini berada di posisi yang penting dalam peta ekonomi dunia. Semua negara termasuk kuasa ekonomi dunia yang suatu masa dahulu tidak begitu berminat nak tanam pelaburan di Asia Tenggara kini berlumba-lumba nak suntik modal. Jadi masing-masing memikirkan kenapa nak bazirkan wang dan tenaga dan jadi bodoh melepaskan peluang menaikkan taraf ekonomi negara daripada negara membangun kepada negara maju demi peperangan yang hanya akan lebih membawa kemudaratan baik pada pihak yang menang mahu pun yang kalah? Lebih baik fokus pada pembangunan ekonomi. Dan ini disedari oleh Indonesia sendiri. Dan sebenarnya isu anti Malaysia hanya hangat di kalangan rakyat bawahan yang hidup melarat dan dimanipulasikan pula oleh golongan politik yang mahukan political mileage. Memang lumrah apabila kumpulan rakyat yang hidup dalam keadaan melarat, mereka akan berasa marah dan kecewa. Dan mereka akan mencari jalan bagaimana mahu mengatasinya. Kalau di India, rakyat mereka yang miskin dikhayalkan dengan fantasi filem-filem mereka. Hero yang handsome, heroin yang cun tergelek-gelek menari. Percintaan tragik yang berakhir dengan kegembiraan. Atau keadilan yang akan ditegakkan dengan penumbuk dan terajang. Good guys and the truth will always win biar pun dalam reality sebenar perkara itu tidak selalu berlaku. Namun ia dapat meredakan kekecewaan golongan bawahan India yang miskin dan melarat. Jadi mereka akan membelanjakan wang mereka pergi menonton wayang di kala tertekan dan keluar dari wayang, kekecewaan mereka sedikit berkurangan. Dan perkara yang sama akan berulang esok, lusa dan selamanya. Sebab itu hero dan heroin India dipuja macam tuhan oleh mereka.
![]()
Megawati Sukarnoputri
Berbeza di Indonesia. Golongan kelas bawahan yang tertekan lebih suka meluahkan rasa marah mereka. Samada dalam bentuk fizikal atau pun verbal. Pada mereka semua orang salah. Bukan Malaysia sahaja malah kerajaan mereka sendiri salah. Siapa sahaja yang jadi presiden akan dituduh rasuah. Jadi sesetengah tokoh politik menggunakan isu ini untuk mendapatkan sokongan. Seperti Megawati Sukarnoputri, anak kepada Sukarno yang mengunakan imej ayahnya serta insiden Ganyang Malaysia bagi meraih sokongan rakyat yang kecewa biarpun Sukarno sebenarnya tidak jauh berbeza dari Suharto, mencuri harta rakyat dan menyalahguna kuasa. Namun rakyat yang emosional terlepas pandang dan terlupa akan perkara itu malah sudah begitu ramai anak muda yang menjadikan Sukarno sebagai idola. Namun kemungkinan perang Indonesia-Malaysia itu masih ada. Tapi tidak dalam skala yang besar. Tidak mungkin berlaku peperangan yang all out oleh kedua-dua buah negara. Perang berskala besar yang aku maksudkan di sini ialah di mana salah satu negara menceroboh tanah jajahan negara yang satu lagi atau penawanan wilayah milik negara lawan atas dasar meluaskan kuasa. Itu tidak lagi berlaku di zaman ini, kali terakhir ia berlaku ialah pada 1990 apabila Iraq menceroboh Kuwait. Dan lihat apa yang berlaku pada Iraq. Pencerobohan US ke atas Afghanistan dan Iraq juga berbeza. US menggunakan alasan global terrorism dan mereka berjanji akan meninggalkan negara yang telah diceroboh setelah berjaya menghapuskan kumpulan pengganas yang mengancam US. Jadi ia bukan perang penaklukan wilayah. Jadi aku berani kata Indonesia takkan sesuka hati nak hantar kapalnya ke persisiran pantai Malaysia dan mengebom bandaraya utama Malaysia. Satu dunia akan belasah mereka sebelum pihak UN menghantar tentera menghalau mereka.
![]()
Namun perang boleh berlaku adalah dalam skala yang kecil dalam merebut wilayah pertikaian. Dalam kes Indonesia-Malaysia, Pulau Ambalat. Perkara yang sama dalam perang Falkland antara Argentina dan Britain. Kedua-dua negara berperang dalam skala yang lebih kecil hanya kerana merebutkan Pulau Falkland. Perkara yang sama boleh berlaku di Pulau Ambalat. Malah telah berlaku beberapa insiden kecil yang berpotensi mencetuskan pertempuran namun tidak begitu diwar-warkan. Setidak-tidaknya di Malaysia. Kerajaan Malaysia tidak mahu rakyat tahu tentang perkara ini dan panik atau mencetuskan rasa benci rakyat Malaysia pada Indonesia. Berbeza dengan media Indonesia. Kebanyakan mereka dipaksi dan ditaja parti politik tertentu. Jadi mereka menggunakan isu ini bagi menaikkan sentimen nasionalis rakyat kemudian menuduh kerajaan terlalu berlembut dengan Malaysia. Ia boleh menyebabkan populariti Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan parti yang dipimpinnya jatuh dan kalah pilihanraya. Namun perlu juga diingat, dalam politik Indonesia, Tentera Indonesia atau TNI juga ada pengaruhnya. Ini yang dibimbangkan jika TNI akan mendesak kerajaan yang ada untuk melakukan sesuatu seperti menggesa tindakan yang lebih agresif dalam bertindakbalas pada tentera Malaysia. Perlu diingat, di kala ini imej TNI sendiri amat merudum dengan pelbagai skandal seks, rasuah serta salahguna kuasa jadi tidak mustahil mereka akan menggunakan cara yang sama untuk menaikkan semula imej mereka.
Jadi jika berlaku perang Indonesia-Malaysia berkaitan wilayah pertikaian Pulau Ambalat, maka hanya pihak tentera yang terlibat dan akan berlaku jauh dari bandar-bandar besar serta wilayah-wilayah berkependudukan tinggi. Kita kalau duduk kat KL, JB, Penang, mungkin tak nampak apa yang berlaku. Hanya dengar dari berita sahaja. Sama seperti apa yang berlaku di Lahad Datu. Kita tak terasa bahangnya. Apa yang berlaku adalah serang menyerang yang berlaku di antara kedua pasukan tentera. Pertempuran laut antara kapal-kapal perang. Jet-jet pejuang digunakan untuk memberikan sokongan dengan mengebom sasaran di permukaan laut atau darat dan mungkin air dogfight antara jet pejuang kedua-dua buah negara. Tidak akan ada jet pejuang yang dihantar untuk mengebom bandaraya utama atau wilayah yang tidak terlibat dengan Pulau Ambalat. Kerana mana-mana negara yang melakukan perkara tersebut akan nampak macam pihak yang jahat dan tidak akan meraih sokongan dari masyarakat antarabangsa. Kemudian pertempuran darat di antara infantry. This is the real deal! Pertempuran daratlah yang akan menentukan siapa yang menang dan siapa yang kalah. Itu sebabnya kenapa Britain mahu menewaskan armada tentera laut Argentina dengan teruk sebelum infantry Argentina masuk ke Pulau Falkland dalam jumlah yang besar. Dan Malaysia perlu melakukan perkara yang sama.
Tentera Nasional Indonesia-Angkatan Laut
Corvette kelas Diponegoro
Malaysia harus menguasai dan menewaskan Indonesia dalam pertempuran Laut dan udara sebelum infantry Indonesia memasuki Pulau Ambalat. Ia mampu merobek moral Indonesia seperti mana moral Agentina yang merudum apabila armada tentera laut mereka tewas teruk di tangan Britain. Adakah mustahil bagi Malaysia menewaskan Indonesia dalam pertempuran laut dan udara? Tidak! Malah di sinilah advantage Malaysia kerana aset yang kita miliki adalah jauh lebih moden dan lebih lengkap sistemnya. Walaupun TNI-AL Indonesia mempunyai jumlah flotilla yang lebih banyak dari Malaysia namun kebanyakannya adalah usang dan masih menggunakan sistem yang ketinggalan 20 tahun kebelakang berbanding TLDM. Namun armada TNI-AL masih harus digeruni dengan pemilikan 4 buah kapal corvette kelas Diponegoro yang moden. Bagaimana pun Malaysia memiliki kelebihan kapal selam Scorpene bagi menguasai sepenuhnya pertempuran di bawah permukaan (kapal selam type 209 milik Indonesia sebenarnya tidak selamat untuk dioperasikan kerana tidak diselenggara dan tidak digunakan dalam tempoh yang cukup lama). Jadi ia lebih kepada kualiti berbanding kuantiti. Dan teknologi ASW (anti submarine warfare) Indonesia juga masih ketinggalan sedangkan teknologi terkini ASW pun sukar dalam mengekang pergerakan kapal selam. Friget kelas Lekiu dan kelak Kasturi milik TLDM menggunakan sistem radar dan persenjataan yang terkini bagi meningkatkan ketepatan tembakan peluru berpandu dari jarak jauh biar pun hanya terdapat empat buah kapal dari kedua-dua kelas.
Friget kelas Lekiu
Friget Kelas Kasturi
Pertempuran udara pula memang dikuasai TUDM. Sekali lagi isu kualiti berbanding kuantiti. Indonesia memiliki beratus-ratus pesawat tapi pesawat jet pejuang moden milik TNI-AU kebanyakannya usang dan tidak diselenggarakan dengan baik. Pesawat yang menjadi tulang belakang TNI-AU adalah pesawat F-16 sebanyak 10 buah. Pesawat-pesawat ini juga mengalami nasib yang sama. Tidak selamat diterbangkan kerana masalah penyelenggaraan akibat sekatan pembekalan persenjataan suatu ketika dulu. Namun Amerika Syarikat telah bersetuju untuk ‘menyedekahkan’ 24 buah pesawat F-16. Selain F-16, Indonesia juga memiliki 3 pesawat Sukhoi-27 dan 2 pesawat Sukhoi-30. Namun kelima-lima pesawat ini tidak berada di dalam kondisi yang membolehkan ia digunakan ke tahap maksima. Sewaktu dibeli, Indonesia mahukan versi asas dengan cita-cita untuk melengkapkannya dengan sistem persenjataan yang dibangunkan secara local. Sehingga kini ia masih gagal dan kelima-lima pesawat ini dianggap tidak mampu menjalankan sebarang operasi ketenteraan sehingga memaksa Indonesia menambah 6 buah pesawat Sukhoi-30 yang dilengkapi persenjataan dari Russia dan menaik taraf pesawat yang sudah sedia mereka miliki. Pesawat lain seperti Hawks dan KA-50 adalah pesawat tempur ringan yang lebih sesuai untuk tugasan sokongan, bukannya prime role. Perlukah aku terangkan kemampuan pesawat Sukhoi-30 MKM (yang baru-baru ini menerima kontrak di LIMA bagi menaikkan lagi kemampuannya kepada 80 peratus), F-18 Hornet dan juga MiG-29 (yang masih mampu beroperasi dengan baik dengan kredibiliti sebagai the best interceptor jet fighter in the world) yang selama ini diselenggarakan dengan cukup baik oleh TUDM? Rasanya engkorang sendiri boleh fikir. Malah aku tergelak apabila terbaca satu forum Indonesia yang menggambarkan senario perperangan udara Malaysia-Indonesia apabila dia menyatakan Indonesia memiliki 36 buah pesawat Sukhoi-27 dan Sukhoi-30 yang akan memusnahkan pangkalan-pangkalan strategik TUDM. Ntah mana dia dapat info aku pun tak tahu.
![]()
F-16 TNI-AU
Namun pada aku adalah amat mustahil untuk menghalang kemaraan infantry Indonesia dengan hanya menewaskan kekuatan tentera laut dan udara mereka. Kenapa? Jangan lupa yang Sabah dan Sarawak berjiran dengan Kalimantan. Dan ketika ini pun ada 70 ribu kekuatan tentera infantry Indonesia di sempadan Kalimantan (perkara ini tidak diwar-warkan kerana kerajaan Indonesia cuba untuk tidak menimbulkan rasa tidak puashati Malaysia) dengan sokongan rejimen kereta perisai yang bersedia untuk menerobos sempadan Malaysia pada bila-bila masa. Dan aku pasti gelombang serangan pertama akan dilancarkan serentak dengan flotilla TNI-AL dan pesawat-pesawat TNI-AU merentas lautan dan udara Malaysia sementara infantry Indonesia akan menyeberangi sempadan Sabah dan Sarawak. Kemaraan tentera darat Indonesia itulah yang perlu kita bimbangi. Walaupun mungkin krisis berkaitan Pulau Ambalat namun jangan lupa insiden Ganyang Malaysia adalah berkaitan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Indonesia has a beef with us for so long. Mereka masih tak puashati kalah dalam perang Ganyang Malaysia. Malah sehingga kini mereka masih membina kekuatan ketenteraan di sempadan Sabah dan Sarawak tanpa diketahui apa sebabnya dengan mendirikan pangkalan-pangkalan tentera. Malaysia tahu tentang ini namun aku tidak pasti kenapa Malaysia tidak begitu memberikan perhatian. Mungkin kerana Malaysia tahu Indonesia takkan menyerang Malaysia atau bertindak menghantar tentera-tenteranya menyeberangi sempadan.
Ingin aku sentuh sedikit berkaitan tentera infantry Malaysia dan Indonesia. Infantri Malaysia dan Indonesia mempunyai teologi yang berbeza. ATM berpegang kuat pada agama dan kesetiaan pada raja. Anggota tentera Malaysia diserapkan semangat berjuang kerana Allah dan melindungi kedaulatan raja-raja Melayu. Itu sebabnya ATM ada Kagat atau Kor Agama. Berbeza dengan Indonesia, mereka diserap dengan semangat nasionalis. Malah mereka dilarang menyerapkan sebarang semangat berkaitan agama kerana dibimbangi kalau sekiranya mereka menghadapi musuh yang sama agama, mereka akan menghadapi konflik kekeliruan identiti. Itu sebabnya kenapa tentera Indonesia dikenali dengan keganasan dan kegilaannya yang buas seumpama haiwan. Ini dapat dilihat dalam krisis di Irian Jaya, Timor Leste dan Acheh apabila wilayah-wilayah ini mahu keluar dari Indonesia. Penduduk wilayah ini dianggap sebagai pengkhianat dan pada penganut fahaman nasionalis, tidak ada dosa yang lebih besar selain menjadi pembelot pada negara. Dalam satu insiden di Acheh, tentera Indonesia yang menyerbu sebuah perkampungan yang disyaki bersimpati dengan perjuangan GAM (Gerakan Acheh Merdeka). Untuk mematahkan semangat juang dan rasa simpati orang kampung pada GAM, tentera Indonesia mengumpulkan semua orang kampung di sebuah kawasan lapang bagi menyaksikan bagaimana anak perempuan imam kampung dipaksa melakukan seks oral pada ayahnya sendiri di hadapan orang awam. Begitulah kejamnya dan tidak berperi kemanusiaan tentera Indonesia dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Malah sehingga kini bekas para pejuang GAM menyatakan yang mereka tidak pernah memaafkan tentera Indonesia malah jika tentera Indonesia berani menjejakkan kembali kaki mereka ke bumi Acheh, mereka akan diperangi sehabis-habisnya. Kini wilayah autonomi Acheh ditadbir oleh kerajaan tempatan termasuk tenteranya.
Militan Gerakan Acheh Merdeka
Jadi kalau mereka sanggup melakukan perkara tersebut pada rakyat mereka sendiri yang seagama, bayangkan apa yang akan mereka lakukan pada rakyat Sabah, Sarawak dan tentera Malaysia khususnya. Malah keyakinan mereka semakin tinggi setelah berlakunya insiden Lahad Datu. Mereka tertawa apabila melihat bagaimana dua ratus orang militant yang serba kekurangan berjaya membunuh 8 orang anggota keselamatan yang tersusun dan lengkap bersejata. Walau pun sebenarnya kematian 8 anggota polis itu boleh dipertikaikan namun peristiwa Lahad Datu memang menyerlahkan kekurangan dan kelemahan pertahanan negara di Sabah dan Sarawak. Ya pada pendapat aku sebenarnya berlaku kepincangan dalam menangani insiden Lahad Datu. Pada pendapat aku kesilapan besar yang dilakukan ialah apabila memberikan tugas menerajui misi menangani krisis di Lahad Datu pada pihak polis. Aku masih tak faham bagaimana PDRM boleh memikul tanggungjawab utama dalam krisis ini sedangkan ini adalah ancaman di peringkat nasional, bukan domestik. Walaupun benar pihak polis telebih dahulu menerima laporan dari orang awam akan penceroboh di Kampung Tanduo namun sebaik maklumat disahkan yang mereka adalah militant yang lengkap bersenjata dan terlatih dalam perang gerila dengan objektif mahu menimbulkan huru-hara, ATM sepatutnya sudah mengambil alih tugas tersebut kerana memang itu tugas mereka. Alasan di mana pihak PDRM mempunyai kemampuan dalam urusan rundingan damai yang lebih baik berbanding ATM aku anggap sebagai satu penghinaan. ATM sudah terlibat dalam banyak rundingan damai sebelum ini di peringkat antarabangsa antara pihak-pihak yang bertelagah. Dan bukankah Lt. Jen. Zaini Mohd Said yang terlibat dalam rundingan dengan Al Maunah tu anggota ATM? IGP Khalid Abu Bakar baru-baru mempertahankan tindakan memberikan masa pada militant di Lahad Datu untuk berbincang yang berlarutan sehingga 3 minggu sebagai tindakan yang betul dengan menyatakan ia adalah budaya kita orang Malaysia, berunding dahulu sebelum mengambil tindakan dengan mengambil contoh insiden Al Maunah di Sauk dan tragedi di Memali. Aku pelik macamana seorang IGP boleh menyamakan insiden di Sauk dan Memali dengan insiden di Lahad Datu?
Sauk dan Memali adalah ancaman domestik. Datang dari rakyat Malaysia sendiri. Dan mereka adalah orang awam yang tidak memiliki kemahiran dan pengalaman tempur bersenjata (hanya beberapa orang ahli Al Maunah adalah bekas tentera). Insiden Lahad Datu adalah kes pencerobohan oleh dua ratus orang militant yang lengkap bersenjata, berpengalaman dan telah dilatih oleh ATM sendiri dalam strategi perang gerila. Tahap ancaman oleh Al Maunah dan para pengikut Ibrahim Libya tidak langsung sama dengan militant Raja Kiram al keparat tu! Tindakan militant Raja Sulu, satu parti asing yang menceroboh tanah air kita sudah boleh dianggap perang oleh pihak asing ke atas kedaulatan negara kita. Kalau hendak diberi peluang berunding, sepatutnya tidak sehingga sampai 3 minggu. Kalau mengikut metodologi ketenteraan, sesuatu masalah itu harus diselesaikan secepat yang mungkin atau ia akan menjadi lebih besar dan lebih rumit untuk diselesaikan. Dan aku pasti kalau sekiranya ATM yang menerajui kes ini, militant Raja Sulu sudah dibom pada minggu pertama lagi ketibaan mereka apabila mereka secara terbuka menyatakan tidak akan meninggalkan Lahad Datu selagi tidak diisytiharkan sebagai rakyat Sabah yang sah. Namun bukan itu yang berlaku. Malah operasi menggempur militant Raja Sulu ini masih diterajui PDRM biarpun 80 peratus kekuatan darat serta penggunaan aset oleh ATM dalam operasi tersebut. Jadi tidaklah boleh menyalahkan rakyat yang tak tahu apa-apa ni apabila mereka tertanya-tanya dan mempersoalkan relevannya kehadiran pihak polis sebagai peneraju utama. Seolah-olah macam dalam filem, Zizan raja lawak dapat kredit pelakon utama sedangkan most of the scene Aaron Aziz yang main.
Militan yang mendakwa diri mereka sebagai Tentera Sultan Sulu
Namun insiden Lahad Datu telah menunjukkan kelemahan dalam respon pertahanan negara apabila berlaku sesuatu krisis. Respon agak perlahan dan pasukan bersenjata dilihat berada dalam keadaan shock. Mungkin kerana ia berlaku di sebuah kampung pendalaman yang tidak dijangka menjadi lokasi sasaran. Tapi itu bukan alasan. Dari sudut pertahanan, dalam tempoh 48 jam, Lahad Datu sepatutnya sudah dikepung pasukan tentera. Namun ia hanya berlaku dalam tempoh seminggu dengan diikuti aset-aset penting seperti APC dan kereta perisai. Ada juga pihak yang mempertikaikan bagaimana dengan teknologi yang serba canggih, sistem radar dan komunikasi yang terkini, pihak asing masih boleh menceroboh Sabah? Ada yang mengatakan tidak guna ada kapal selam canggih kalau perairan negara boleh diceroboh dengan hanya menggunakan bot pancung. Malah ada yang menuduh badan risikan negara tidur! Di sini ingin aku sampaikan maklumat yang aku dengar tapi tak boleh nak disahihkan. Mungkin ia berbaur politik so kalau korang rasa tak setuju…..aku pedulik hapa! Daripada apa yang aku dengar sebenarnya pencerobohan militan Raja Sulu ini sudah dirancang beberapa tahun sebelumnya. Raja Kiram al laknat tu dikatakan pernah meminta nasihat seorang pastor Kristian iaitu Pastor ‘Boy’ Saycon yang tahu tentang hal undang-undang (tu dia, mengaku Islam tapi mintak tolong Kristian) dalam memikirkan cara terbaik untuk menuntut Sabah dari Malaysia. Of course kita juga dengar sebab kenapa perkara ini berlaku adalah kerana mereka tidak puashati apabila tuntutan agar elaun yang diberi Malaysia kepada mereka dinaikkan telah ditolak mentah-mentah.
Ada juga khabar angin yang menyatakan sebenarnya mereka tidak berpuashati apabila kerajaan Sabah mengambil balik tanah-tanah yang telah diberikan pada orang persendirian yang ada kaitan dengan keluarga Raja Kiram al haram jadah apabila orang tempatan yang selama tidak berpuashati dengan tindakan itu mengugut akan mengundi parti pembangkang dalam PRU ke 14 yang lalu. Namun secara asasnya kerajaan Malaysia telah mengetahui akan perkara ini sejak dari mula lagi. Badan perisikan Malaysia bukan bodoh. Cubaan menceroboh telah berlaku beberapa kali sebelum itu tapi berjaya dipintas TLDM dan APMM. Tapi dikatakan cubaan kali ini sengaja dibiarkan oleh pihak-pihak tertentu kerana ia boleh menjadi political mileage pada mereka. Kalau difikirkan balik, kes Lahad Datu berlaku beberapa bulan sebelum PRU ke 14. Coincidence? The facts that Filipina dan Malaysia serta Najib dan Aquino jadi begitu akrab dalam tempoh yang singkat sedangkan kita tahu sejak berpuluh tahun yang lalu Filipina menuntut agar dipulangkan Sabah kepada mereka. Jangan lupa Filipina juga akan berhadapan dengan pilihanraya umum. It raises a question isn’t it?
Kereta Perisai Adnan di Lahad Datu
Dan kini pertahanan Malaysia menjadi bahan lawak. Indonesia dan Filipina merasakan kalau sekumpulan militant yang serba kekurangan pun tak boleh Malaysia tangani apatah lagi kalau tentera konvensional yang besar jumlahnya. Kalau sekumpulan militant yang kurang terlatih boleh membunuh 8 orang anggota polis yang elit apatah lagi kalau terpaksa berhadapan dengan pasukan elit Indonesia. Namun satu perkara baik yang datang dari insiden Lahad Datu, ia telah membuka mata pihak kerajaan akan kepentingan menjaga pertahanan negara dan mula memberi perhatian yang kebih pada perkara ini. ESSCOM telah diwujudkan dan jumlah anggota tentera di Sabah dan Sarawak telah ditingkatkan. Beberapa aset penting juga telah dihantar ke sana. Selain dari itu Malaysia juga berhasrat untuk menambah aset yang boleh menguatkan serta menyokong kekuatan tentera darat yang selama ini dilihat tidak begitu penting. Insiden Lahad Datu memperlihatkan bagaimana pentingnya kenderaa APC, kereta perisai dan kereta kebal dalm membolehkan infantry memasuki kawasan yang dikuasai musuh dengan selamat dan cepat. Bagaimana pentingnya aset udara sepeti helikopter dalam tugas tinjauan serta sokongan bantuan. Bagaimana jet pejuang dapat menjadi aset serangan gelombang pertama bagi memberi kejutan pada pihak musuh.
![]()
![]()
Helikopter A109 LUH beroperasi dalam operasi di Lahad Datu
Dan secara tiba-tiba kepentingan pesawat helikopter penyerang Eurocopter Tiger mula diperkatakan. Begitu juga dengan kenderaan AV8. Najib baru-baru ini apabila ditanya tentang perkembangan pesawat multi role yang bakal menggantikan MiG-29 tiba-tiba menyatakan ia masih belum diputuskan sebaliknya kerajaan sedang menimbang untuk mendapatkan aset yang lebih bersesuian dengan keperluan semasa malah turut menyatakan kemungkinan pemilikan helikopter penyerang dan beberapa aset lain. Perlu diingat, TUDM sudah pun menghantar beberapa orang pegawai ke Perancis bagi meninjau pesawat Eurocopter Tiger milik tentera Perancis. Dan beberapa hari kemudian diumumkan Malaysia akan membeli 4 buah pesawat Airbus A400. Ini agak mengejutkan kerana pada asalnya dijangka Malaysia hanya akan membeli dua buah sahaja. Namun signifikannya pembelian pesawat Airbus adalah mempercepatkan penghantaran troops dan aset ketenteraan dari semenanjung ke Sabah dan Sarawak kalau sekiranya berlaku perkara kecemasan. Setiap sebuah pesawat mampu membawa 116 orang tentera. Kalau keempat-empatnya beroperasi bererti satu battalion tentera boleh dihantar serentak. Bererti kalau berlaku pencerobohan oleh tentera asing, lebih 400 orang paratrooper yang merupakan pasukan aturgerak cepat dapat dihantar memasuki zon perang dalam tempoh yang singkat berbanding jalan laut.
![]()
Eurocopter Tiger
Airbus A400
![]()
Ada orang tanya aku, kenapa Malaysia takda pasukan tentera marin macam Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina atau Vietnam. Malah Brunei juga tidak memiliki pasukan tentera marin. Untuk menjawab soalan ini kita mesti tahu peranan tentera marin. Peranan tentera marin adalah pasukan aturgerak cepat namun tidak seperti airborne paratrooper, mereka memasuki zon perang melalui jalan laut. Ia diinspirasikan dari insiden pendaratan tentera bersekutu di pantai Normandy pada perang dunia ke-2. Oleh kerana nature yang begitu, pasukan marine (especially US Marine Corp) sering melakukan tugas membuka jalan di zon perang bagi memudahkan tentera darat meneruskan tugas mereka. Marine corp selalunya yang pertama tiba dan oleh kerana jalan laut selalunya melibatkan wilayah musuh dan jarang melibatkan insiden domestik maka Marine corp sering menggalas tugas berbentuk offensive. Malaysia melihat tidak ada keperluan untuk menubuhkan pasukan tentera marin kerana naturenya yang offensive dan itu bukannya doktrin pertahanan negara. Kalau wilayah kita diserang oleh tentera konvesional, paratrooper akan menggalas tugas selaku pasukan aturgerak cepat. Dan kita tak punya banyak pulau. Hanya Sabah dan Sarawak yang terpisah dengan semenanjung. Negara-negara seperti Singapura, Thailand, Indonesia dan Vietnam mengamalkan doktrin pre-emptive strike. Jadi mereka perlukan tentera marin untuk menceroboh sesebuah negara dari darat, laut dan udara. Indonesia sendiri sewaktu perang Ganyang Malaysia menelan kepahitan kesilapan apabila menghantar pasukan paratrooper mereka melalui udara untuk menceroboh Malaysia. Beratus-ratus paratrooper yang melakukan penerjunan payung terjun telah ditembak oleh tentera laut Malaysia walaupun ketika itu mereka masih berada di udara. Ia adalah menyalahi Geneva convention namun Malaysia ketika itu terdesak dalam usaha menghalang tentera Indonesia dari memasuki Malaysia. Jadi Indonesia belajar dari kesilapan. Dengan kemampuan radar terkini yang dimiliki Malaysia akan memudahkan pengesanan pesawat yang menghantar paratrooper mereka. Jadi jalan laut dan jalan darat adalah lebih bijak dan tepat.
![]()
Korps Marinir Indonesia
10 Briged Para lengkap dengan payung terjun
Paratroopers melakukan penerjunan
Aku pasti di kala ini ramai orang mula meragui kemampuan tentera darat kita. Harus aku akui tentera darat kita memang berkaliber dan berkualiti. Tentera Malaysia tidak sekadar dilatih menjadi pembunuh yang efisien namun juga dilatih untuk menjadi mekanisme pelbagai fungsi apabila berhadapan dalam sesuatu situasi. Dalam erti kata lain, tentera Malaysia tidak sekadar lasak, berkemahiran dalam ilmu perang tetapi juga bijak dan rasional dalam pertimbangan dan membuat keputusan. Itu sebabnya tentera Malaysia memiliki reputasi yang sangat baik selaku tentera pengaman PBB. Namun itu dilihat sebagai suatu kelemahan oleh tentera Indonesia pada tentera Malaysia yang menganggap tentera Malaysia lemah dari segi daya ketahanan mental. Atau dalam bahasa mudahnya tentera Malaysia ni lembut hati. Namun itulah yang membezakan tentera Malaysia dengan Indonesia. Even though there is a story about Malaysian commandoes who kill the whole family including a several days old baby, believed to be related to the communist movement during the insurgency. Tapi tidak ada sesiapa yang boleh mengesahkan cerita itu.
![]()
Gerup Gerak Khas
Walaupun ada yang mengatakan jumlah tentera infantry yang aktif hanya 80 ribu tapi kita masih ada tentera separa aktif (tentera yang bersara awal yang boleh dipanggil jika berlaku kecemasan) dan juga paramilitary, tidak termasuk 80 ribu anggota polis namun Indonesia juga memiliki pasukan separa aktif, tentera simpanan (tentera simpanan Indonesia adalah jauh lebih superior kalau mahu dibandingkan dengan wataniah kita. Bayangkan, Siti Nurhaliza pun boleh jadi wataniah. What the f**k?!) tidak termasuk paramilitary yang berpengalaman dalam insiden di Ambon, Acheh, Irian Jaya dan Timor Leste. Kalau digabungkan dipercayai kekuatan tentera Indonesia mencecah 500,000 orang! Satu jumlah yang sangat besar. Jadi kalau benar meletus perang di Pulau Ambalat atau di mana-mana wilayah terasing, Malaysia mungkin akan menghadapi masalah besar. Aku hanya berharap insiden Lahad Datu akan membuka kesedaran kerajaan akan kepentingan dalam memperkuatkan pertahanan negara. Kalau boleh berbelanja lebih sedikit kerana ancaman pada sebuah negara yang semakin membangun dan maju akan meningkat dengan sendirinya.
Ada pihak yang menyentuh akan perjanjian pertahanan lima negara (Malaysia, Singapura, New Zealand, Australia dan UK). Kalau dilihatkan pada situasi sekarang, kita tidak boleh berharap sangat dengan perjanjian tersebut. Kalau berlaku insiden yang mirip perang Falkland, kemungkinan semua negara-negara ini akan menjauhkan diri. Malah Malaysia juga akan merasakan meminta bantuan negara luar umpama sesuatu yang memalukan. Namun kalau berlaku perang berskala besar sekali pun negara-negara ini akan tunggu dan lihat dahulu sambil memikirkan samada mahu membantu atau tidak. Atau samada mahu memberikan bantuan bersaiz kecil atau besar. Atau sekadar memberikan tekanan pada Indonesia. Mungkin sehabis maut pun mengenakan sekatan ekonomi. Ambil contoh Syria, negara yang tak punya kepentingan pada kuasa besar dunia. Sehingga kini dibiarkan begitu sahaja menghadapi perang saudara sehingga sudah hampir hancur negara itu jadinya. Sementara itu Indonesia yakin kalau Malaysia dibantu negara luar, negara seperti Russia, China atau negara-negara timur tengah akan membantu mereka. Dangkal betul otak mereka. Sekali lagi aku tekankan, negara luar akan hanya membantu kalau ia memberikan kelebihan dan manfaat pada mereka. China dan Russia pasti tidak akan terlibat sama. Mereka di kala ini sedaya upaya berusaha memperbaiki imej mereka dan dengan melibatkan diri dalam perang yang tidak ada kena-mengena dengan mereka akan hanya menjejaskan imej mereka. Not to mentioned waste of money! Nak harapkan negara di timur tengah? Sewaktu meletus perang Bosnia pada tahun 90an, ada mana-mana negara di timur tengah yang menghantar bantuan ketenteraan? They only thinking about themselves. Jadi mahu tidak mahu Malaysia sudah sepatutnya berfikir bagaimana mahu berdiri di atas kaki sendiri dan bersedia menghadapi kemungkinan-kemungkinan ini. Aku tak rela melihat Malaysia kembali dijajah atau dipermainkan negara lain lebih-lebih lagi negara-negara jiran kita seperti era kesultanan Melaka apabila ia diancam kerajaan Ayutthaya dari Siam dan Majapahit dari Indonesia. Penggunaan aset-aset usang amatlah menyedihkan dalam kita mahu menjadi sebuah negara maju tapi orang asing boleh keluar masuk negara kita sesuka hati.